1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4.
Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira
sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR,
SPM dan STPM. @}>-`-,–}—-
5. Sentiasa bersiap sedia
dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal
diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau
oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6.
Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti
buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan
sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang
ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih
pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah
tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk
mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan
bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti
kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan
tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan
kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan
penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9.
Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh
itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10.
Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata
‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
11.
Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini
kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar
sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat
melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12.
Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah
dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas
tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi
kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan
tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau
kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar
yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan
perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan
agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15.
Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai
gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk
dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17.
Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan
seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18.
Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam
peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan
pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan
yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika
gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
19.
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar
sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk
mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah
dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22.
Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan
pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan
pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t
judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak
semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku
rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25.
Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum.
Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla
akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar
perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba
mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat
pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu
adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan
membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar
melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27.
Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang
dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan
api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari
tangan kanan dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan
tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga
keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari
makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah
tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan
kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan
memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang
baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis
makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30.
Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang
telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak
yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang.
Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi
peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga
untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31.
Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang
telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain,
lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa
berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian
ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33.
Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu
sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk
kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih
cemerlang.
No comments:
Post a Comment